Skuad MobaZane, BTK layak ke MSC 2023

Pasukan yang pernah menggegar dunia MLBB selepas meraih tempat ketiga di M3 iaitu BloodThirstyKings (BTK) telah layak ke MSC 2023 selepas menewaskan Outplay dengan skor 4-3 di North America Challenger Tournament Spring 2023 (NACT).

BTK yang dibarisi oleh pemain kelahiran Amerika Syarikat iaitu MobaZane dan empat muka baharu iaitu Tea, Yato, ISO, dan JOYBOJ berjaya membalas dendam terhadap Outplay.

Mereka terpaksa mengharungi cabaran di Lower Bracket Final selepas tewas ditangan Outplay dengan skor 3-0.

Outplay yang dibarisi oleh tiga bekas pemain The Valley iaitu Hoon, Basic dan Shark merupakan pasukan dominan di Regular Season. 

Ramai peminat serta pemain Outplay menyatakan  mereka adalah pasukan yang akan mendapat slot ke MSC tersebut namun BTK menutup mulut mereka dengan perlawanan di Grand Final.

Di perlawanan Best of 7 (BO7), Outplay berjaya memenangi perlawanan pertama sebelum BTK menyamakan siri tersebut.

Siri tersebut berterusan di mana kedua-dua pasukan mengambil giliran untuk memenangi perlawanan sehingga skor menjadi 3-3.

Pada perlawanan penentuan, BTK berhempas pulas untuk menewaskan Outplay lalu memenangi NACT Spring 2023.

Perlawanan itu mengambil masa sehingga 25 minit.

Ia merupakan satu pencapaian yang menakjubkan untuk BTK kerana mereka membawa masuk empat muka baharu.

Dengan kepimpinan MobaZane yang mempunyai banyak pengalaman bermain di pentas MLBB, dia berjaya membawa pasukan itu sehingga menjadi juara.

MobaZane merupakan suara utama untuk Moonton memberi peluang kepada pasukan luar Asia Tenggara bermain di pertandingan seperti MSC.

 Moonton kini telah menjemput tiga pasukan dari tiga wilayah untuk bermain di MSC 2023.

RELATED NEWS

+