Minat LEGO dan Nintendo? LEGO NES ini akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos!

LEGO Malaysia telah mengumumkan bahawa produk LEGO Nintendo Entertainment System (NES) akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Ogos ini. Ia akan dijual pada harga RM949.90.

Set LEGO ini mempamerkan konsol permainan video NES yang asalnya dilancarkan pada tahun 1983 (sebagai Famicom). Selain daripada konsol tersebut, set ini juga mengandungi alat kawalannya, katrij Game Pak, dan sebuah televisyen retro.

Anda boleh “main” set LEGO ini tetapi hanya dengan menggunakan alat pemusing di televisyen retro untuk menggerakkan watak Mario di skrin televisyen tersebut.

Jika anda mempunyai set LEGO Super Mario Starter Course, figura Mario dari set tersebut boleh dipasang di atas televisyen retro untuk menonjolkan reaksi berdasarkan apa yang berlaku dalam skrin.

Set LEGO NES ini mengandungi 2,646 kepingan LEGO dan dijual untuk mereka yang berumur atas 18 tahun. Di Malaysia, ia akan dijual di kedai rasmi LEGO, kedai yang disahkan untuk menjual produk LEGO, dan di LEGOLAND Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, anda boleh melayari laman web rasmi LEGO.

Sumber: Lowyat.net

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+