Minecraft Dungeons Akan Tiba Pada 26 Mei 2020

Microsoft telah mengumumkan tarikh pelancaran permainan video Minecraft Dungeons. Ia akan dilancarkan pada 26 Mei 2020 untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Tidak sama seperti Minecraft, Minecraft Dungeons merupakan sebuah permainan video dungeon crawler di mana pemain akan menerokai kawasan dungeon yang direka secara rawak (randomly generated).

Cara permainan judul ini mirip dengan permainan video role-playing game (RPG) isometrik  seperti Diablo. Walaubagaimanapun, Minecraft Dungeones tidak mempunyai class untuk watak-watak anda dan anda boleh menukarkan senjata, perisai, dan kemahiran tanpa mengikut sistem class.

Apa yang membuatkan Minecraft Dungeons menarik ialah ia mempunyai mod multi-pemain secara dalam dan luar talian untuk empat pemain sekaligus. Anda boleh menerokai dungeons bersama tiga orang rakan-rakan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+