Minecraft dinilai sebagai ‘R Content’ di Korea Selatan

Minecraft adalah sebuah permainan video 3D komputer di mana para pemain akan dapat membina apa sahaja yang mereka mahu. Lebih dikenali sebagai “Online Legos”, permainan video terlaris sepanjang masa ini melibatkan blok bangunan dan membuat struktur di pelbagai persekitaran dan kawasan.

Dinilai sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas, beberapa sekolah sudah mula memasukkan Minecraft ke dalam kelas. Ini kerana kanak-kanak secara semula jadi akan dapat belajar kerja secara berpasukan. Selain itu, mereka juga akan dapat kemahiran menyelesaikan masalah dan pengaturcaraan asas ketika bermain permainan itu dengan rakan-rakan sebaya.

Namun begitu, Korea selatan telah menetapkan had umur 19 tahun dan ke atas bagi permainan video it. Pemain yang kecewa dengan perkara itu menunjukkan kemarahan mereka terhadap “shutdown law” di mana ia menghalang kanak-kanak di bawah usia 16 tahun untuk bermain permainan video dalam talian antara tengah malam hingga 6 pagi, untuk melindungi mereka daripada kesan sampingan bermain secara berlebihan dan kekurangan tidur yang sempurna.

Setelah Microsoft memperoleh Mojang Studios pada tahun 2014, ia membenarkan pemain Minecraft Java Edition untuk mengakses permainan melalui akaun Mojang Studios mereka dan bukan Xbox Live.

Begitulah cara kanak-kanak serta remaja Korea mengakses permainan ini. Akan tetapi, masalah timbul pada bulan Disember tahun lepas ketika Microsoft mula membuat peraturan baru. Akaun Xbox Live diperlukan bagi ingin bermain permainan Minecraft Java Edition disebabkan masalah keselamatan.

Sekaligus meminta semua pemain global untuk memindahkan akaun Mojang Studios mereka ke Xbox Live. Nampaknya Microsoft tidak menyedari kesan daripada tindakan itu kepada pemain dari Korea.

Walaupun penukaran itu hanya perlu dilakukan secara sukarela di seluruh dunia. Microsoft telah menyiarkan notis di laman web rasmi Minecraft yang mengatakan, “Untuk pemain di Korea Selatan, anda mesti berumur 19 tahun dan ke atas untuk membeli dan bermain Minecraft Java Edition.”

RELATED NEWS

+