Penghasil cip jagung dunia, Mission Food baru-baru ini mengumumkan sebagai rakan kongsi Corn Strip Rasmi bersama Yoodo, menganjurkan Yoodo PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2021.
Hasil kerjasama ini menjadikan Mission Corn Strips sebagai sebagai pilihan kudapan nombor satu buat pemain PMCC 2021 bersama tiga perisa iaitu Peri-Peri, Tomyum dan Szechuan Seafood yang mudah untuk dinikmati terus!
PMCC 2021 kali ini akan menyaksikan lebih 1,000 penuntut daripada kolej dan universiti seluruh negara bersaing untuk memenangi sebahagian daripada hadiah terkumpul sebanyak RM60,000 dan kemasukan terus wildcard PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2022 serta kredit Yoodo dan barangan eksklusif Yoodo.
“Ini adalah pertama kali buat Mission melangkah ke dalam dunia permainan dan kami teruja dengan peluang untuk mempersembahkan Mission Corn Strip sebagai pilihan kudapan nombor satu untuk para pemain,” kata Maria Mitropoulos, Timbalan Presiden Pemasaran Mission Food Asia dan Oceania.
“Kami sangat teruja untuk memula PMCC 2021 bersama Mission Food sebagai rakan kongsi Official Corn Strip kami,” kata Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun.
“Dengan jenama yang punyai nama baik di dalam industri pemakanan bersama kami untuk memberi sokongan terus buat komuniti esukan dan memupuk bakat Malaysia, ia mengukuhkan lagi usaha yang kami lakukan, dan memberi pemberat buat kami mengembangkan bakat dari akar umbi,”
Yoodo PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2021
Perlawanan kelayakan akan diadakan secara atas talian bermula 30 Oktober hingga 14 November dengan melibatkan lima zon, iaitu:
- Borneo (Sabah, Sarawak, Labuan) – 30 Oktober
- Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) – 31 Oktober
- Utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak) – 5 November
- Selatan (Melaka, Negeri Sembilan, Johor) – 6 November
- Sentral (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya) – 7 November
Perlawanan liga PMCC akan berlangsung pada 13 – 14 November ini. 16 pasukan terbaik akan bersaing di peringkat Grand Final PMCC pada 20 hingga 21 November ini.
Peminat yang berminat untuk menonton, boleh menyaksikan PMCC 2021 yang akan disiarkan secara langsung di akaun rasmi Yoodo Esport Facebook.