MLBB: Filipina raih pingat emas, Indonesia bawa pulang pingat perak

Perlawanan Filipina menentang Indonesia pada hari ini menyaksikan pemenang akan mendapat pingat emas dan pasukan yang kalah akan membawa pulang pingat perak.

Indonesia berjaya layak ke peringkat akhir selepas menewaskan pasukan Malaysia manakala pasukan Filipina melepasi tembok terakhir mereka iaitu pasukan Singapura untuk layak ke peringkat akhir.

Pasukan Filipina mendahului perlawanan pertama dan Indonesia menyamakan kedudukan di perlawanan kedua.

Walau bagaimanapun, perlawanan ketiga yang begitu sengit selama 24 minit menyebelahi Filipina apabila mereka berjaya memenangi perlawanan mental di antara kedua pasukan.

Pasukan Indonesia yang cuba menyamakan kedudukan sekali lagi digagalkan oleh Del Rosario yang menggunakan Akai.

Filipina akhirnya menjadi juara back to back selepas mempertahankan gelaran mereka di Sukan SEA yang ke-30 pada tahun 2019.

Tahniah diucapkan kepada Filipina kerana mereka berjaya membuktikan mereka adalah pasukan MLBB terbaik di dunia. Syabas sekali lagi.

RELATED NEWS

+