MLBB: Ini sebab talent “Demon Slayer” sangat berkesan

Emblem memainkan peranan penting di dalam permainan peranti mudah alih Mobile Legends.

Ia akan memberikan kelebihan kepada setiap hero yang menggunakan emblem yang betul.

Salah satu emblem yang cukup terkenal dahulu adalah emblem assassin menggunakan talent killing spree.

Talent ini memberikan pertambahan nyawa secara berkala sebanyak 15% dan juga penambahan kelajuan pergerakan sebanyak 20%.

Namun begitu, Moonton mula mengenakan nerf terhadap emblem ini di dalam kemaskini 1.6.50 kerana ianya terbukti sangat kuat ketika dipakai oleh jungler.

Oleh kerana itu, ramai pemain profesional MPL mula mengadaptasi dengan emblem baru iaitu emblem jungle dengan penggunaan talent demon slayer.

Talent ini sangat menarik kerana ia memberikan kelebihan kepada jungler untuk melakukan farming dengan sangat pantas.

Selain itu, ia memberikan kekuatan damage yang lebih besar terhadap turtle dan lord. Oleh itu, pasukan dapat mengejar objektif dengan lebih pantas.

Adakah anda juga menggunakan emblem ini? Nyatakan di ruangan komen.

Foto: ONE Esports PH, Deviantart

RELATED NEWS

+