MLBB: Inilah senarai lengkap pasukan MPLI 2022

Liga Jemputan Profesional Mobile Legends menyaksikan 20 pasukan dari lima negara Asia Tenggara  akan bertarung antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara.

Liga Jemputan ini dianjurkan dari hasil kerjasama ONE Esports bersama Moonton dan diadakan sekali setahun selepas berakhirnya MPL penggal kedua dalam tahun yang sama. Berikut adalah senarai lengkap pasukan yang akan menyertai pertandingan ini.

MALAYSIA

Wakil dari tanah air adalah:

  • Todak
  • Team Haq
  • Orange Esports

INDONESIA

Wakil dari negara jiran adalah:

  • Alter Ego
  • Aura Fire
  • EVOS Legends
  • Bigetron Alpha
  • Geek Fam ID
  • Rebellion Zion
  • RRQ Sena

FILIPINA

Wakil dari Filipina adalah:

  • Blacklist International
  • Bren Esports
  • Echo
  • ONIC PH
  • RSG PH
  • Smart Omega

KEMBOJA

Hanya satu wakil dari Kemboja iaitu:

  • Burn X Team Flash

SINGAPURA

Singapura akan mempunyai dua wakil iaitu:

  • RSG SG
  • Slate Esports

Keputusan braket pasukan akan ditentukan pada 28 Oktober ini melalui captain draft dan pertandingan akan terus dimulakan pada 2 November ini.

Adakah pasukan Malaysia akan memperolehi gelaran juara seterusnya melakar sejarah untuk membawa piala pertandingan antarabangsa buat pertama kalinya? Kita bakal saksikan.

Foto dan sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+