Momo adalah salah seorang pemain Macro terbaik setakat ini dalam MLBB

Pasukan Todak adalah salah satu pasukan yang berjaya membawa nama Malaysia ke pentas dunia di dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 baru-baru ini.

Meskipun hanya mendapat tempat kelima/keenam secara keseluruhan, mereka sudah memberikan usaha yang terbaik. Bukan itu sahaja, pasukan Todak juga menunjukkan peningkatan prestasi mereka di M3.

Salah satu ahli pasukan Todak yang harus diberikan pujian adalah Idreen Abdul Jamal (Momo). Beliau boleh dikatakan seorang pemain yang mempunyai kemahiran Macro terbaik setakat ini.

Definisi Macro dalam MLBB: Konsep pemahaman tentang kesedaran pada mini-map, kepentingan mengambil objektif, keberadaan musuh dan memfokuskan sama ada untuk split push atau menyertai teamfight.

CORAK PERMAINAN AGRESIF

Kita dapat lihat di Kejohanan Dunia M3, Momo menggunakan Brody dengan cukup baik. Beliau bijak menggunakan peluang untuk mendapatkan farming untuk mendapatkan blade of despair dan endless battle untuk mula bermain agresif. Seperti kita sedia maklum, Brody adalah hero yang sesuai dimainkan secara agresif oleh kerana skill set hero itu mudah memberikan burst damage yang tinggi kepada musuh. 

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Moonton, Momo mencatatkan 859 Gold setiap minit, rekod paling tinggi bagi hero marksman dipilihnya dalam perlawanan ke atas Navi. Dia juga mencatatkan 76.92% kill participation

PENGAWASAN PETA YANG TINGGI

Untuk menjadi seorang pemain yang memiliki kemahiran macro yang tinggi. Pemain itu harus mempunyai tahap pengawasan peta yang bagus di mana seperti kita lihat Momo mempunyai kadar kematian yang rendah di Kejohanan Dunia M3 kerana beliau tahu saat yang sesuai untuk masuk dan keluar di dalam perlawanan yang berlaku.

Rata-rata skor kematian adalah bawah daripada lima dan mata pembunuhan paling tinggi menggunakan Beatrix dan Brody sebanyak lapan mata.

PEMAHAMAN POTENSI HERO

Jika kita memahami bagaimana cara hero MLBB itu berfungsi, ianya sangat membantu di dalam segi penggunaan skill dan cara untuk bermain hero itu secara kompetitif. Momo berjaya menguasai hero popol & kupa, Beatrix dan juga Brody di Kejohanan Dunia M3. Ketiga-tiga hero ini membantu Todak di dalam perlawanan menentang pasukan Navi dan juga SeeYouSoon. 

Sebagai pemain yang versatil, Momo juga menggunakan Gloo, Esmeralda, Yu Zhong dan Lapu-Lapu yang mana keempat-empat hero ini mempunyai kadar survival yang tinggi di EXP Lane dan boleh membantu dalam teamfight pada bila-bila masa. Namun, rekod K/D/A dan MVP bagi Momo masih berpihak kepada penggunaan marksman

PERHATIKAN “TIMING” YANG TEPAT

Elemen ini sangat membantu anda untuk menjadi pemain yang lebih baik. Pengiraan cooldown skill pihak lawan pasti memberikan kita kelebihan untuk merancang strategi bagi menumbangkan pihak lawan. Elemen ini ada pada Momo, beliau bijak dalam mengira timing skill hero pihak lawan untuk memastikan beliau mempunyai kelebihan dalam mengejar objektif. Perkara ini juga terpakai di dalam bab pengiraan Turtle dan Lord respawn timer.

Sebagai contoh, penggunaan Beatrix dalam perlawanan ke atas Navi mencatatkan sebanyak 9,584 damage iaitu 91.99% dari keseluruhan serangan ke atas building.

MENGETAHUI KEBERADAAN MUSUH

Momo menguasai kemahiran ini dengan selalu melihat di peta untuk mengetahui dimanakah musuh berada. Kemahiran ini perlu untuk mengelak dari terkena ganking dari pihak lawan. Anda juga boleh melakukannya dengan menggerakkan skrin anda ke Turtle, Lord atau creeps. Jika pihak musuh sedang farming, anda akan melihat attack animation dari skrin yang anda gerakkan.

Ini terbukti apabila Momo hanya mati beberapa kali dan kemahirannya menggunakan Beatrix dan Brody dengan tiada kematian ketika melawan EVOS SG dan Navi.

Elemen-elemen di atas menjadikan Momo antara pemain terbaik macro di Land of Dawn, Adakah Momo akan meneruskan prestasi yang begitu mantap sekali di musim kesembilan ini? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+