Monster Hunter: Legends of the Guild diumumkan untuk Netflix!

Siri animasi Monster Hunter: Legends of the Guild akhirnya akan ditayangkan ni Netflix pada 12 Ogos ini.

Animasi khas ini akan menggunakan penceritaan asli dan baru.

Monster Hunter: Legends of the Guild menceritakan Aiden sebelum menjadi A-lister Hunter di Monster Hunter World.

Dia hidup dengan aman di kampungnya namun keamanan itu akan berubah apabila diberitahu oleh seorang Hunter bernama Julius bahawa kampungnya akan diserang oleh Elder Dragon yang digelar Lunastra.

Sebenarnya Netflix sudah mengumumkan cerita animasi ini pada tahun 2018 dan sejak itu tidak ada apa-apa lagi maklumat lanjut dari Netflix.

Pure Imagination Studio yang membuat cerita ini pernah bekerja dengan Monkey King: Journey to the West dan Justice League: Battle for Metropolis.

Saksikan Monster Hunter: Legends of the Guild akan datang di Netflix 12 Ogos ini.

RELATED NEWS

+