Saksikan Trailer Terbaru God Eater 3 – Akan Tiba Di PlayStation 4 & PC

Dalam satu acara ulang tahun kelapan God Eater Thanksgiving Day di Tokyo, Bandai Namco mengumumkan trailer terbaru untuk God Eater 3 yang mana kita boleh menyaksikan gameplay yang seakan Monster Hunter.

Trailer itu menyaksikan pertarungan antara seorang Aragami bernama Anubis dan senjata baru dipertunjukkan. Senjata protagonis itu boleh bertukar dari pedang berkembar kepada two-bladed halberd dan juga kepada sinaran laser.

Korang boleh saksikan video di bawah:

Dari segi penceritaannya, God Eater jenis baru dinamakan Adaptive God Eaters (AGE). Pemain juga akan ditemani Hugo Pennyworth, seorang lelaki yang menjadi AGE pada usia muda bersama dengan protagonis.

Buat masa ini, Bandai Namco masih belum mengumumkan tarikh rasmi untuk PS4 dan PC tapi ia sudah disahkan akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Sumber: Dualshocker

RELATED NEWS

+