MPL: Bila Ciku punya Ling terus end game, Todak mara ke Grand Final

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Todak berjaya mara ke Grand Final selepas menamatkan perlawanan ke atas EVOS SG dengan skor 2-1 dalam MPL MYSG Musim Keenam sebentar tadi.

Todak diwakili oleh Ciku, Eone, Xray, Stoo, Moon dan 4Meyz.

 

Game ketiga

Mereka memilih lineup yang agak kuat dengan meletakkan Moon sebagai Chang’e dan Ciku sebagai Ling. Xray sebagai Chou pula adalah untuk menangkap Karrie yang membahayakan seluruh pasukan Todak.

Selepas berbalas teamfight, apa yang paling menarik adalah minit akhir perlawanan apabila mereka bertarung dengan Lord.

Ciku punya Ling berjaya menamatkan permainan dengan mengikut arah minion di  laluan tengah sementara yang lain sibuk berada di bahagian Lord.

 

Game Kedua

Pasukan Todak sangat garang dengan pemilihan Helcurt oleh Ciku. Pemilihan ini berjaya untuk memberi jawapan kepada Bruno yang sememangnya marksman kuat pada fasa akhir permainan.

Walaupuun Ciku tidak dapat berbuat apa-apa pada awal permainan, Moon yang bermain Selena banyak kali  memberi ruang kepada Todak untuk initiate. Sebaik saja masuk minit 10:10, itulah saat yang mana perlawanan ini bertukar arah apabila kegelapan dibuka dan Ciku meratakan kesemua ahli EVOS SG yang berada di top lane.

4meyz juga ternyata berfungsi sebagai Yu Zhong berbanding perlawanan pertama sebagai Barats. Kali ini, beliau lebih yakin untuk ke backline dan menangkan mana-mana ahli  EVOS SG dengan bantuan Moon yang mengenakan pegun.

EVOS SG tidak dapat berbuat apa-apa kerana pemain core mereka Potato belum lagi dapat mengeluarkan damage yang tinggi.

RELATED NEWS

+