MPL: Bosskurr Garang, Tewaskan EVOS SG 2-1

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Team Bosskurr akhirnya menunjukkan taring mereka apabila berdepan skuad Singapura, EVOS SG yang juga top 3 pada minggu keempat Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima.

Mereka berjaya mendapatkan skor akhir 2-1 dalam perlawanan seketika tadi.

Pada game ketiga yang juga penentuan, mereka menggunakan meta hypercarry, meletakkan Leixia sebagai Claude yang jadi tonggak utama dalam perlawanan itu.

Grock, Aurora dan Carmilla dipilih untuk crowd control dan membantu Claude mendapatkan kesemua farm dan buff.

Anda boleh menonton penstriman langsung di Youtube ataupun Facebook Mobile Legends Malaysia.

MPL MY/SG musim kelima mengumpulkan enam pasukan negara dan empat pasukan Kota Singa berentap dalam baki musim liga yang bermula pada 10 April hingga Ahad dan pada minggu depan dari Khamis hingga Ahad.

Pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Ini adalah jadual terkini minggu keempat dan minggu terakhir musim liga.

Jadual perlawanan pada minggu keempat.

Jadual perlawanan minggu kelima.

RELATED NEWS

+