Kuja diumumkan sebagai jurulatih RSG Slate SG

Jurulatih RSG Slate MY, Kuja menyertai pasukan RSG Slate SG di mana dia menjadi jurulatih pasukan itu untuk mengharungi cabaran ke MSC 2023 di Kemboja.

Berita itu diumumkan oleh RSG Slate SG di media sosial mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Slate Singapore (@rsgslatesingapore)

Kuja menggantikan SaintDeLucaz yang dikatakan mengosongkan jawatan itu kerana mahu memberi fokus kepada keluarganya.

Tugasan berat menanti Kuja yang semestinya mahu membawa juara tiga kali berturut-turut itu untuk membawa semula nama Singapura ke peringkat teratas di kejohanan dunia.

EVOS SG adalah pasukan yang menjadi penanda aras untuk pasukan di Singapura selepas persembahan yang menakjubkan pada kejohanan dunia M3 di Singapura.

Mereka berjaya menamatkan saingan di tangga keempat dan itu adalah pencapaian terbaik Singapura di pentas dunia.

Beberapa pemain RSG Slate SG sudah semestinya mahu menebus kekecewaan yang dihadapi pasukan itu di Sukan SEA selepas tersingkir di peringkat kumpulan.

RSG Slate SG akan diwakili oleh DIABLO, BRAYYY, LUCIANQT, OKKY dan ROYY serta BUJI yang dijadikan sebagai pemain simpanan untuk pasukan itu.

RELATED NEWS

+