M4 Playoffs: Todak dan RRQ Akira ke lower bracket

Pasukan Malaysia, Todak terpaksa akur ke pusingan lower bracket kejohanan dunia MLBB, M4 selepas ditewaskan musuh tradisi dan juga tuan rumah, RRQ Hoshi dengan skor 3-0.

Kemenangan itu juga bermakna Todak belum lagi boleh keluar dari kemarau kekalahan yang melanda mereka apabila bertembung RRQ.

Pada perlawanan pertama, Todak gagal untuk mematahkan strategi RRQ yang suka gank dan ini memberikan kelebihan kepada skuad Indonesia. Pada akhir permainan, pemain Todak semuanya tewas dan RRQ menang game pertama.

Pada perlawanan kedua, Todak mendapat First Blood dan Turtle untuk kelebihan sementara. Dalam perlawanan hampir 30 minit ini, RRQ menghukum Todak yang berpecah. Pada perlawanan akhir, Todak hanya mampu menahan sebelum ‘perisai’ mereka ditembusi skuad tuan rumah itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

RRQ akan berjumpa Blacklist International seterusnya.

Pasukan Brazil pula seperti sukar menemui rentak pada perlawanan ke atas Blacklist kerana penyandang trofi itu sangat bijak mengatur draft dan strategi.

Namun, skor 3-1 bermakna Akira memberikan saingan juga kepada Filipina.

Hari Kedua Playoffs M4 mencatatkan 2.2 juta tontonan serentak dan 600,000 secara purata.

Esok adalah pusingan lower bracket (penyingkiran).

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+