MPL ID Season 9 – offline, orang awam boleh tonton, turut ditayangkan di pawagam

Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia Musim 9 bakal bermula 18 Februari ini.

MPL ID adalah acara e-sukan yang paling banyak ditonton oleh orang ramai dengan lebih sejuta penonton pada perlawanan RRQ Hoshi menentang Alter Ego pada musim lepas.

Sebagai konteks, MPL PH Musim 8 hanya menerima 569,00 penonton pada perlawanan Nexplay EVOS menentang Omega Esports.

Kali ini, sembilan pasukan akan berjuang untuk membuktikan pasukan masing-masing sebagai pasukan terbaik di rantau itu. Pasukan-pasukan yang terbabit adalah:

  • Alter Ego
  • Aura Firte
  • Bigetron Alpha
  • EVOS Legends
  • Geek Fam ID
  • Onic Esports
  • RRQ Hoshi
  • Rebellion

Acara Luar Talian

Bagi meningkatkan taraf MPL serta e-sukan secara keseluruhan di Indonesia, MPL ID Musim 9 akan berlangsung sebagai acara offline sepenuhnya. Ia juga akan terbuka kepada orang awam untuk menonton perlawanan secara langsung.

Menurut Azwin Nugraha, Pegawai Komunikasi Moonton Indonesia, acara ini semestinya akan mengikuti peraturan dan protokol kesihatan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Langkah menganjurkan kejohanan ini secara luar talian dapat menarik perhatian lebih ramai peminat dan penonton acara e-sukan untuk membangunkan minat e-sukan dan membuka mata bakal pelabur dan penaja. Tambahan pula, perlawanan-perlawanan MPL ID Musim 9 masih boleh ditonton di atas talian di platform-platform tertentu.

Tonton Di Skrin Besar

Moonton Indonesia juga akan berkolaborasi dengan Cinepolis, salah satu cawangan pawagam terbesar di negara itu, untuk membawa setiap perlawanan ke layar besar.

Maklumat Tambahan

Pasukan-pasukan ini akan bersaing antara satu sama lain bermula pada 18 Februari ini dan akan tamat pada 24 April. Mereka akan berjuang untuk hadiah terkumpul sebanyak AS$300,000 atau Rp4.5 billion (RM1.25 juta).

Dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi MPL ID di sini, atau layari laman media social mereka di Facebook, Instagram atau TikTok.

RELATED NEWS

+