MPL Indonesia akan bermula esok – 8 Pasukan, RM1.2 juta hadiah wang terkumpul

Ketika wabak COVID-19 masih berleluasa di Indonesia, itu tak menghalang Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Indonesia dari tetap berlangsung bagi musim keenam.

Pada musim lalu, ia dijadualkan untuk berjalan secara offline namun perlu ditukarkan kepada dalam talian kerana COVID-19. Begitu juga MPL Indonesia musim baru ini.

Musim liga dijadualkan berlangsung esok dengan RM1.2 juta menjadi rebutan lapan pasukan iaitu Alter Ego Esports, Aura, Bigetron Alpha, Evos Legends, Geek Fam, Genflix Aerowolf, RRQ Hoshi, dan ONIC Esports.

Umum mengetahui, terdapat seorang pemain Malaysia iaitu Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo) yang akan bermain bersama pasukan Bigetron Alpha untuk MPL kali ini.

Saksikan debaran ini di Youtube MPL Indonesia atau layari laman Facebook mereka, MPL Indonesia.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+