Pengulas yang pernah mengulas di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY menyatakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan mereka terhadap prestasi pasukan negara yang agak merudum di kejohanan dunia M4, baru-baru ini.
Laphel, Syed Adeen dan Cortx meluahkan kekecewaan mereka dalam satu hantaran yang dimuat naik di page Facebook masing-masing.
Antara intipati dari kenyataan Laphel adalah pasukan Malaysia perlu ‘melabur’ dalam mendapatkan unit kejurulatihan yang lebih baik, mengadakan kem latihan di luar negara dan persoalan lain untuk mendapatkan gambaran bagaimana arena kompetitif ini boleh ditambahbaik.
Syed Adeen pula memberikan persoalan kepada semua, apa yang diperlukan untuk tambah baik?
Cortx ataupun Said Za pula senada dengan Syed Adeen, mengatakan prestasi pasukan Malaysia tidak begitu kuat dan perlukan perubahan.
Perjalanan Todak dan Team Haq tamat semalam selepas masing-masing tewas di tangan pasukan Amerika Syarikat, The Valley dan Turkiye, Incendio Supremacy.
Todak tidak pernah menang satu pun perlawanan di playoffs selepas tewas lawan RRQ 0-3 dan The Valley 0-2 manakala Team Haq pula memberikan saingan hebat ke atas ECHO PH, 2-2 dan Incendio Supremacy, 2-1.
Adakah MPL MY musim kesebelas bakal menyaksikan perubahan lineup yang ketara ataupun terdapat jurulatih yang berwibawa dari luar negara lagi? Kita bakal saksikan.