Kejohanan dunia MLBB, M4 mencatatkan rekod baharu tontonan tertinggi

Dengan rekod 4.26 juta tontonan, kejohanan dunia MLBB, M4 mencipta fenomena tersendiri bagi perlawanan upper bracket antara RRQ Hoshi dan Blacklist International yang berlangsung pada jam 7 malam semalam.

Sebelum ini, rekod di M3 adalah 3.19 juta antara pasukan ONIC PH dan juga skuad Indonesia itu.

Tontonan tinggi lain di M4 adalah perlawanan Todak vs RRQ dengan 2.27 juta tontonan.

Sementara itu, tontonan purata adalah 642,044 dan sebanyak 47 juta jumlah jam diperuntukkan untuk kejohanan ini.

Nyata, MLBB sangat terkenal di Indonesia dan Filipina malah Blacklist dan RRQ antara pasukan pilihan yang sering dinanti-nantikan pertembungan mereka.

Semalam, RRQ juga membawa ‘ultras’ mereka yang berada di stadium.

Sumber: Esports Charts

RELATED NEWS

+