MPL Indonesia: Alberttt mahu Xinn kembali bermain di arena profesional

Sudah dua minggu berlalu bagi Liga Profesional Mobile Legends (MPL Indonesia) musih ketujuh. Tapi prestasi RRQ Hoshi masih tidak lagi memuaskan kerana berada di kedudukan kelima.

Perlawanan mereka ke atas beberapa pasukan menunjukkan kelemahan kerana pertukaran pemain dan kurang keserasian.

Ketidakhadiran Lemon dan juga Xinn juga antara faktor menyumbang kepada kekalahan ini.

Dalam satu video di Youtube, Xinn mengatakan “Alberttt mahu saya saya main lagi. Saya jungler dan dia di sidelane. Tapi saya bagitahu nanti-nanti saja,” kata Xinn.

Ini menunjukkan Xinn mempunyai kepakarannya sebagai jungler dan hyper carry tak perlu dinafikan lagi. Alberttt akui hakikat itu.

Namun, ini bukanlah semudah disangkakan kerana roster sudah pun lock sebelum MPL mula dilangsungkan lagi. Jadi kemasukan Xinn selepas roster lock sepertinya mustahil.

RELATED NEWS

+