MPL Malaysia: Orange Esports masih berbisa, 2 – 1 ke atas Team SMG

Pasukan Orange Esports hari ini bertembung dengan skuad Team SMG yang mempunyai jurulatih baharu, James dari RRQ Hoshi. Perlawanan pembukaan hari ini agak sengit yang mana Team SMG dilihat membuat keputusan betul mengambil jurulatih baharu.

Bagaimanapun, Orange Esports yang lebih teratur cara permainan dan berdisplin memenangkan mereka 2-1.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Team SMG mempunyai komposisi yang lebih kepada agresif kerana pengambilan Lancelot dan Benedetta. Mereka juga mempertaruhkan Wan-Wan untuk mengisi kekurangan damage pada akhir perlawanan.

Perlawanan di kawasan Lord pada minit akhir memenangkan mereka kerana Fakez tidak menyasar mana-mana ahli Orange sebaliknya memfokuskan kepada Lord saja.

Sebaik saja Lord muncul dan menuju ke kubu Orange, Team SMG mula mengasak dan akhirnya membuatkan Orange tak berjaya untuk bertahan di saat akhir.

F4kez farm dengan begitu baik pada perlawanan ini namun damage paling tinggi semestinya Wan-Wan yang dimainkan Smooth.

PERLAWANAN KEDUA

Pada perlawanan kedua ini, Mom yang bermain sebagai Lapu-Lapu sangat garang. Beliau berjaya menangkap core dengan mudah dan menuju ke backline dengan penggunaan Flicker yang efektif.

Mom juga membolot tiga kategori di sini dengan damage paling tinggi, paling kaya dan juga mengambil damage paling tinggi daripada pasukan Team SMG.

Lihat kembali momen Lapu-Lapu berjaya mendapatkan triple kill.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

PERLAWANAN KETIGA

Pada perlawanan terakhir, ia bukanlah perlawanan yang banyak pembunuhan. Orange bermain lebih kepada objektif dan mengejar kill yang apabila perlu saja.

Yang paling tinggi damage adalah  Delus tapi Aim dan Mom mendapatkan damage yang hampir sama.

MPL Malaysia musim ketujuh mengumpulkan 10 pasukan terbaik negara bertanding selama lapan minggu.

Ini adalah kali pertama Malaysia mempunyai liga Mobile Legends sendiri selepas perpisahan daripada Singapura dulu.

RELATED NEWS

+