MPL MY: Homebois lebih mendominasi

Permainan pertama hari ketiga MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan Homebois akan bertarung dengan pasukan MAB Esports.

Homebois mendominasi perlawanan pertama dengan disiplin yang cukup tinggi ditunjukkan pasukan Homebois.

Mereka mengejar objektif, mengawal peta dan memberikan tekanan kepada pasukan MAB.

Homebois akhirnya memenangi perlawanan pertama pada minit ke-13.

Situasi yang sama berlaku di perlawanan kedua, Homebois mendahului pasukan MAB di minit awal dan pertengahan permainan.

Tekanan mental dan emosi ketika minit akhir permainan menyaksikan pasukan MAB dan Homebois bertarung di Lord pit.

Sementara Chibi melakukan split pushing di bahagian bawah, pasukan MAB diganggu oleh pasukan Homebois lain di Lord pit.

Ini menyebabkan pasukan MAB menjadi tidak tentu arah dan kemenangan menjadi milik pasukan Homebois pada minit ke-25.

Pasukan Homebois terus mengumpul point selepas point mereka ditolak menjadi negatif 8 tempoh hari.

RELATED NEWS

+