MPL MY: Homebois, RSG dan Orange mendominasi di minggu ketiga

Minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia kini sudah berakhir.

Kita dapat lihat Homebois kembali bangkit sekali lagi dengan kehadiran Zacus sebagai roamer pasukan.

Mereka mula mendapatkan momentum dan meneruskan dominasi mereka di kumpulan B dengan menewaskan Team Caracal dan juga Team Lunatix.

Manakala di kumpulan A, pasukan Todak mengalami kekalahan pertama mereka di tangan pasukan RSG MY.

RSG MY membawa masuk LinkEzaa sebagai jungler dan hasilnya sangat positif ke atas kemenangan mereka.

Pasukan Orange Esports masih belum mengalami sebarang kekalahan setakat minggu ketiga. Mereka masih mengekalkan prestasi yang sangat baik ketika ini.

Adakah kedudukan ini akan berkekalan di minggu hadapan atau bakal ada kejutan seperti minggu ketiga? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+