MPL MY musim ketujuh mencatatkan lebih 110 ribu tontonan serentak

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL  MY) musim ketujuh mencatatkan sebanyak 111,190 tontonan serentak di pelbagai platform, sekali gus menjadi penanda aras yang baru di Malaysia.

Menurut laporan data dikeluarkan oleh Esports Chart, perlawanan antara Todak MLBB dan RSG MY mencatatkan tontonan sebanyak itu, diikuti seramai 106,347 yang menonton perlawanan antara Todak MLBB dan Suhaz EVOS di lower bracket finals.

Sementara itu, sebanyak 3,763,126 jumlah jam dikumpul untuk tontonan liga ini.

RSG MY sebagai juara dan Todak MLBB (naib juara) menjadi wakil Malaysia yang akan berentap di Piala Asia Tenggara (MSC 2021) bermula 7 Jun hingga 13 Jun ini.

Mereka akan menyertai pasukan-pasukan MLBB lain dari serata Asia Tenggara.

Foto: Mobile Legends: Bang Bang

RELATED NEWS

+