MPL MY: Peluang Homebois untuk ke Playoff semakin tipis

Perlawanan di minggu terakhir peringkat liga MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan Homebois akan menentang Todak.

Kedua-dua pasukan sangat cemerlang di dalam kumpulan masing-masing dan mereka mempunyai peratusan kemenangan yang tinggi.

Pasukan Todak dan Homebois berbalas asakan di perlawanan pertama dan kedua. Homebois berjaya mendapatkan comeback dengan memenangi perlawanan kedua.

Perlawanan ketiga diteruskan dengan pemilihan Karrie untuk digunakan oleh Chibi sebagai jungler. Draft mereka sangat berkesan untuk persediaan di fasa akhir permainan.

Manakala, pasukan Todak menggunakan Baxia dan Atlas yang mudah dijatuhkan oleh Karrie dan Homebois mendapatkan momentum di awal permainan.

Pasukan Todak mula melakukan serangan balas dan mereka berjaya mendapatkan momentum untuk pengawalan peta.

Meskipun Momo dan Yums seringkali terkorban di dalam pertarungan namun pasukan Todak sangat berdisiplin dan mereka berjaya mendapatkan kemenangan.

Peluang untuk Homebois ke Playoff akan bergantung di perlawanan seterusnya menentang Team Caracal.

Begitu dengan pasukan MAB Esports. Mereka harus memenangi perlawanan menentang Geek Fam.

 

RELATED NEWS

+