MPL MY: Perjalanan Homebois kini berakhir

Perlawanan pembukaan playoff hari pertama MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan Homebois akan bertemu dengan Team Caracal di pusingan lower bracket.

Team Caracal berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama dengan penggunaan Balmond oleh LinkEzaa. 

Kekuatan Team Caracal ditambah lagi dengan Angela dan Karrie yang sentiasa memberikan sokongan serangan fizikal ke atas pasukan Homebois.

Nasib yang sama menimpa pasukan Homebois apabila mereka diasak oleh Team Caracal di perlawanan kedua.

Penggunaan Grock oleh pasukan Homebois dilihat tidak berapa berkesan untuk memberikan impak yang besar ke atas pasukan lawan.

Selain itu, Real World Manipulation yang digunakan pasukan Homebois tidak juga memberikan hasil yang begitu memuaskan di dalam perlawanan.

Team Caracal meneruskan momentum mereka untuk mendapatkan kemenangan bersih pada minit ke-13. Maka tamatlah perjalanan pasukan Homebois di MPL MY musim ke-9 dengan kekalahan ini.

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+