MPL: Senarai pasukan layak ke playoffs

Musim liga MPL MYSG Musim Keenam baru saja berakhir sebentar tadi dan pemenang-pemenang sudah pun ditemukan selepas enam minggu mereka bertarung.

Pahit getir, cabaran yang dihadapi pasukan ini menunjukkan bagaimana prestasi mereka pada minggu akhir ini.

  • Todak yang setakat ini tiada lagi kekalahan set dan mereka mempunyai 100% kadar kemenangan dengan mata agregat tertinggi iaitu 11. Tahniah!
  • Resurgence dan EVOS SG pula masih ikut rapat di belakang dengan lapan mata agregat. Dua skuad ini menunjukkan prestasi yang konsisten sepanjang musim liga.
  • Red Reborn memulakan minggu awal liga dengan prestasi cemerlang dan masih mengekalkan sehingga akhir musim liga.
  • Orange Louvre Esports pula adalah pasukan eksperimen yang membutikan gabungan pemain Malaysia dan Indonesia adalah berhasil.
  • Team SMG pada awal minggu tidak begitu hebat tapi selepas Rynn dimasukkan, mereka mula mendominasi.
  • Geek Fam pula seolah hilang rentak dan berada di tempat ketujuh.
  • Team Bosskurr pula hanya menang tipis dengan perbezaan dua mata agregat dengan Divinity.
  • Forsaken pula tidak pernah memenangi mana-mana set perlawanan sepanjang musim liga dan mereka adalah pasukan baru di liga profesional ini.

Playoffs dijangka bermula pada 23 hingga 25 Oktober ini.

RELATED NEWS

+