Di patch Advance Server 1.7.64 Mobile Legends Bang Bang, terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam patch ini terutama sekali untuk Lord dan beberapa item."> Di patch Advance Server 1.7.64 Mobile Legends Bang Bang, terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam patch ini terutama sekali untuk Lord dan beberapa item." /> Di patch Advance Server 1.7.64 Mobile Legends Bang Bang, terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam patch ini terutama sekali untuk Lord dan beberapa item." />

Enhanced Lord akan menerima buff manakala Twilight Armor ditukar balik

Di patch Advance Server 1.7.64 Mobile Legends Bang Bang, terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam patch ini terutama sekali untuk Lord dan beberapa item.

Pada patch ini, serangan Enhanced Lord iaitu Turret Clash boleh menghancurkan semua menara selepas 12 minit.

Sebelum ini, ia hanya boleh menggunakan Turret Clash pada satu menara sahaja.

Ini memberikan kelebihan buat pasukan yang ketinggalan dari segi gold serta experience untuk mencuba curi Lord itu dan menukar arus perlawanan.

Beberapa item yang tidak popular seperti Sea Halberd, Magic Blade dan Rose Gold Meteor juga menerima buff

Pasif Twilight Armor kini dirombak semula di mana jika pengguna diserang sebanyak 800 damage, damage lebihan itu akan dikurangkan sebanyak 300 +5% dari Max HP. Cooldown pasif adalah lima saat.

Cooldown Battle Spell Aegis dikurangkan daripada 90 saat ke 75 saat.

Akhir sekali, perubahan hero turut berlaku di mana Novaria, Alpha, Joy, Eudora, Lesley, dan Chang’e sudah dikuatkan manakala Layla dan Freya dilemahkan kerana ia terlalu kuat pada patch Advance Server yang lepas.

Patch ini masih dalam proses pembangunan dan akan ada perubahan sebelum ia dilancarkan ke server rasmi kelak.

RELATED NEWS

+