Wan Wan dan Arlott antara hero dikenakan nerf pada patch baharu MLBB

Di patch baharu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) iaitu 1.7.82, terdapat perubahan kecil dilakukan Moonton namun ia mempunyai kesan yang besar terhadap hero-hero yang meta.

Patch ini dilakukan selepas Moonton menganalisis prestasi hero-hero ini di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) dan mod Ranked.

Wan Wan menerima nerf paling teruk di antara hero-hero yang lain di mana kini, bonus Movement Speed yang diterima Wan Wan melalui  Attack Speed akan dikurangkan.

Balance Adjustment Patch Notes – 1.7.82 Org Server
by u/ano-nomous in MobileLegendsGame

Ini satu masalah untuk pengguna Wan Wan kerana kini dia semakin perlahan untuk dikejar dan boleh ditangkap dengan lebih senang oleh hero-hero seperti Phoveus dan lain-lain.

Arlott turut dikenakan nerf di mana kini damage asas akan berkurang daripada 135-335 kepada 110-310.

Moonton melakukan nerf ini untuk mengurangkan potensi damage Arlott apabila menggunakan build Tank.

Hero yang sering menerima nerf iaitu Joy turut menerima nasib yang sama seperti dua hero sebelum ini.

Joy merupakan satu masalah pada fasa awal sehingga pertengahan permainan dan Moonton mengambil keputusan untuk mengurangkan pasif serta Ultimate hero itu.

Damage pasifnya dikurangkan daripada 200 tambah 80% Magic Power kepada 100 tambah 100% Magic Power.

Damage Ultimate Joy kini berkurang pada fasa awal permainan di mana damage asas daripada 180-270 kepada 150-270.

Gloo juga menerima nasib yang sama di mana damage asas skill satu hero ini akan berubah daripada 100-200 kepada 80 pada setiap level.

Sudah semestinya nerf ini akan memberi impak yang besar sebelum bermulanya Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) 2023 yang akan bermula pada 10 Jun ini.

RELATED NEWS

+