Selesai musim liga bagi MPL MYSG Musim Keenam yang berlangsung selama enam minggu, pemain berpeluang untuk mendapatkan ganjaran dengan memberi undian kepada pemain profesional kegemaran mereka.
Dari 5 hingga 14 Oktober ini, pemain boleh mengundi pasukan impian yang mana pemain profesional terbaik diseranaikan untuk dipilih masuk ke dalam pasukan itu. Selain itu, pemain boleh mengundi Most Valued Player (MVP) bagi keseluruhan musim liga yang sudah berlangsung.
Pemain boleh membina pasukan impian mengikut peranan pemain profesional tersebut seperti yang disenaraikan di atas. Di bawah ini pula adalah senarai MVP yang boleh diundi.
Mereka adalah Jason (Resurgence), Kayzeepi (Resurgence), Ciku (Todak), Mal (Red Reborn) dan Rynn (Team SMG). Hanya seorang MVP saja akan memenangi kategori ini.
Dua peserta bertuah akan menerima ganjaran unlock kesemua hero dalam Mobile Legends: Bang Bang. Macam mana nak undi?
Anda perlu like dan ikut Facebook dan Instagram mereka. Kemudian anda boleh mengundi di pautan INI.
Pemenang akan diumumkan pada 22 Oktober kelak.