MPLI 2021: Blacklist International tidak kebal, ONIC ID berjaya muncul juara

Perlawanan akhir Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI 2021) menyaksikan wakil dari Indonesia iaitu ONIC Esports harus berlawan dengan pasukan dari Filipina, Blacklist International.

ONIC Esports berjaya mendahului dengan skor 2-1, draft Yi Sun Shin yang digunakan mereka sangat berkesan. Mampu untuk memberikan asakan kepada pasukan Blacklist International.

Di perlawanan keempat, pasukan ONIC Esports menggunakan draft dua marksman untuk memberikan damage yang sangat tinggi kepada Blacklist International.

Pasukan Blacklist International tidak mudah mengalah di perlawanan ini, mereka memberikan usaha yang terbaik untuk menghalang pasukan ONIC Esports menjadi juara.

Namun begitu, permainan yang begitu baik ditunjukkan oleh ONIC Esports berjaya memberikan mereka juara untuk MPLI 2021.

Mereka menggunakan permainan mental untuk memberikan tekanan kepada pasukan Blacklist International. Draft yang sangat menarik ditunjukkan oleh pasukan ONIC.

Selepas Estes dikunci dari digunakan pasukan Blacklist, ONIC terus mengambil Rafaela untuk menghalang OhMyV33nus menggunakannya.

Ternyata keputusan itu sangat menguntungkan pasukan ONIC, mereka memaksa OhMyV33nus menggunakan Mathilda dan hasilnya kurang berkesan.

ONIC Esports membawa piala yang kedua selepas berjaya memenangi MPL Indonesia musim kelapan. Tahniah diucapkan kepada ONIC Esports.

Mereka membuktikan Blacklist International tidak kebal dan boleh ditewaskan jika mempunyai disiplin yang tinggi.

 

RELATED NEWS

+