MPLI 2021: SeeYouSoon menjadi “too soon” dihentam BTR Alpha

Perlawanan terakhir di hari ketiga Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI 2021) menyaksikan pasukan BTR akan bertemu dengan SeeYouSoon.

Pasukan BTR berjaya mendapatkan momentum di perlawanan pertama dengan draft Hayabusa yang dimainkan oleh Maxx dengan begitu baik sekali. 

SeeYouSoon gagal mempertahankan base mereka selepas dihujani Feathered Air Strike dari Gamora.

Situasi pasukan Kemboja ini juga sangat sukar di perlawanan kedua. Kyy menggunakan Natalia untuk menumbangkan Natan berulang kali.

Selepas mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-15, BTR berjaya menghancurkan 2 inhibitor turret pasukan SeeYouSoon. BTR kemudian mendapatkan kemenangan selepas Maxx berjaya mendapatkan Maniac.

Hajat Rippo ingin membalas kekalahan terhadap Blacklist International akan terjawab selepas ini di peringkat suku akhir.

 

 

RELATED NEWS

+