MPLI: Orange Louvre Esports akan hadir dengan roster baru

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Prestasi pasukan profesional Mobile Legends negara, Orange Louvre Esports dianggap memberangsangkan sepanjang musim liga dan di playoff MPL MYSG Musim Keenam selepas mereka memperoleh tempat ketiga.

Pastinya pasukan ini menjadi sebutan di luar negara, Indonesia apabila dua pemain negara itu iaitu Jiji dan NothingtoSay berganding bersama pemain Malaysia, Kuja, D’ace, Hyhy dan Aim.

Melihat kepada kejohanan akan datang iaitu Kejohanan Jemputan (MPLI), Puteri selaku Pengurus pasukan OLE berkongsi perkembangan terkini pasukan.

 

MyGameOn: OLE sekarang dijemput ke MPLI, adakah terdapat perubahan roster? atau mereka akan terus bermain bersama sebagai lima orang pasukan.

Puteri: Roster akan ada perubahan kerana di MPL MYSG Musim Keenam, kami ada meminjam pemain dan mereka akan kembali ke pasukan asal. Di MPLI, kami merancang untuk mempersiapkan lineup penuh kami dan untuk MPL seterusnya juga. Semoga semua berjalan lancar.

 

MGO: Sangat menarik dapat menyaksikan pemain Indonesia dan OLE boleh mendapat tempat ketiga walaupun berjauhan. Mereka menghadapi pelbagai cabaran komunikasi. Bagaimana mereka akan bersedia lebih rapi bagi MPLI pula?

Puteri: Disebabkan sistem latihan dan coaching sangat membantu dalam hal ini. Kami akan cuba formula sama untuk MPLI. Tentu saja kami akan lakukan beberapa penambahbaikan untuk kejohanan kali ini.

 

MGO: Bagaimana dengan D’ace dan Hyhy yang dipinjamkan daripada Ezzy Esports? Apakah mereka akan bermain untuk MPLI?

Puteri: Tidak. Mereka kembali ke Ezzy Esports dan mempersiapkan diri untuk kelayakan MPL seterusnya. Kami hormati keputusan mereka dan kami juga akan bersiap sedia dengan roster baharu.

 

MGO: Apakah sasaran untuk MPLI?

Puteri: Kami ingin sasar kedudukan empat teratas. Insya-Allah kalau ada rezeki. Kami akan buat yang terbaik.

 

MGO: Pasukan manakah yang anda rasa paling sukar untuk dilawan?

Puteri: Kesemua pasukan bertanding di MPLI adalah yang kuat-kuat belaka. Daripada pengalaman di MPL MYSG Musim Keenam, kami tak mahu menganggap mana-mana pasukan sebagai pasukan yang lemah. Lebih baik menganggap mereka sebagai satu cabaran untuk kami.

 

MGO: Apakah anda rasa keunikan yang ada pada pasukan OLE sekarang selepas MPL.

Puteri: Komitmen dan rasa ingin tahu, ingin belajar untuk jadi lebih baik dan semangat mereka ingin bergelar juara. Mereka selalunya akan ada perbincangan selepas berlatih termasuk macam mana nak tambahkan lagi kemahiran.

 

MGO: Anda bersama pemain dan menjaga kebajikan mereka sentiasa di gaming house, apa pengalaman anda boleh kongsi?

Puteri: Saya rasa pengalaman ini sangat tidak ternilai. Anak-anak (pemain ini semua) mempunyai keperibadian yang baik, supportive dan kelakuan juga dijaga. Saya tiada masalah menjaga dan berkomunikasi dengan mereka.

Memang setiap orang berbeza sikap dan cara berfikir tapi kemahuan untuk berjuang bersama itu yang saya hargai. Mereka pada mulanya bukanlah siapa-siapa tapi usaha dan penat lelah mereka berbaloi. Semoga saya ada kesempatan untuk mendampingi mereka lebih lama lagi. Saya sayangkan mereka!

RELATED NEWS

+