MSC 2022: Orange Esports juga layak ke Playoff!

Pertemuan Orange Esports menentang EVOS SG sangat penting untuk pasukan Orange Esports mendapatkan slot ke Playoff.

Orange Esports berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama selepas Valenz menggunakan Wan Wan mula memberikan damage yang besar.

Perlawanan kedua juga memihak kepada pasukan Orange, Atlas yang digunakan oleh Minnn menjadi kunci kemenangan buat pasukan Orange Esports.

Seilah yang cuba untuk menumbangkan Mann tidak berjaya dan terus dijatuhkan oleh Garyy dengan bantuan Born.

Seterusnya, 4 ahli pasukan EVOS SG berkumpul di lane tengah dan mereka terus kehilangan posisi selepas Minnn menggunakan Flicker untuk melakukan Fatal Link.

Semua ahli pasukan EVOS SG ditumbangkan dan pasukan Orange Esports terus sahaja menamatkan permainan.

Kemenangan ini memberikan pasukan Orange Esports menemani pasukan Todak di Playoff.

Foto: MOONTON Games

 

RELATED NEWS

+