MSC 2022: Todak layak ke Playoff!

Perlawanan kedua pasukan Todak menyaksikan mereka bertemu dengan pasukan ONIC Esports.

Pasukan Todak hanya memerlukan 1 sahaja kemenangan untuk layak ke peringkat playoff.

Pasukan ONIC Esports berjaya mengawal peta di minit awal permainan, mereka mendapatkan objektif demi objektif untuk memberi tekanan kepada Todak.

Todak terus diasak di minit pertengahan permainan, mereka sering ditewaskan dengan Iron Hook yang digunakan oleh Kiboy.

Namun begitu, menjelang pada minit ke-20, Yums berjaya menggunakan Fatal Link ke atas 3 orang ahli pasukan ONIC.

Ini memberikan mereka peluang untuk melakukan kombo bersama Yin Yang Overturn dan menumbangkan pasukan ONIC. CW yang menggunakan Popol dikawal oleh 4Meyz dan turut terkorban.

Butsss yang tinggal keseorangan tidak dapat mempertahankan base mereka. Tahniah pasukan Todak! Mereka berjaya melakukan comeback!

RELATED NEWS

+