Mushi berjaga, draft sampai pukul 4 pagi demi BOOM Esports

Chai Yee Fung atau Mushi adalah jurulatih BOOM Esports bangga dengan pasukannya apabila mereka berjaya meraih kejuaraan Gamers Galaxy Invitational Dota 2 di Dubai hujung minggu lalu.

Dia masih berada di Malaysia dan menjadi jurulatih dari jauh bukan senang kerana dia hanya boleh berkomunikasi dengan jarak jauh sahaja selain perlu mengikuti perbezaan zon waktu yang berbeza.

Tulis Pengurus BOOM Esports, @ZacAlfon dia memberi penghargaan kepada Mushi yang sanggup berjaga sampai jam 4 pagi (waktu Malaysia) untukย drafting (merancang strategi dan pemilihan hero).

BOOM Esports sendiri juga mengucapkan terima kasih kepada anak Malaysia itu.

“Susah sebenarnya apabila jurulatih anda tidak bersama tapi menerusi masa yang sukar, dia masih berjaya memberi draft terbaik dan memberi kemenangan. Kami tidak akan berjaya tanpa anda!,”

Mushi juga ada mengucapkan tahniah kepada pasukannya dari rumah.

Sekali lagi BOOM Esports dan Mushi membuktikan SEA Dota masih kuat!

RELATED NEWS

+