Mustahil Homebois untuk mengekalkan kemenangan 100% – Ciku

Homebois masih mendominasi di kumpulan A dan mereka harus mengekalkan prestasi yang cemerlang untuk mendapatkan mata yang tinggi.

Mereka mahu slot di upper bracket dan itu menjadi satu cabaran memandangkan mereka bermula dengan mata negatif 8.

Di dalam satu temubual Sith terhadap Ciku selepas kemenangan pasukan Homebois ke atas MAB sebentar tadi.

“Mustahil untuk Homebois mengekalkan kemenangan 100% kerana mereka akan berjumpa dengan Todak.” ujar Ciku.

Terdahulu, pasukan Todak berjaya mengharungi cabaran di peringkat liga MPL MY/SG musim ke-6 tanpa sebarang kekalahan.

Adakah kita akan melihat pasukan Homebois melakukan perkara yang sama? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+