“Netizen Indonesia tidak perlu marah disebabkan kenyataan saya keluarkan.” – Z4pnu

Z4pnu mencetuskan kemarahan warganet Indonesia apabila dia mengeluarkan kenyataan mengatakan pasukan Filipina lebih kuat dari Indonesia. 

Namun begitu, kita dapat lihat sendiri ketika Sukan SEA Hanoi 2021 bahawa pasukan Filipina sememangnya sukar diramal dan mereka meraih pingat emas selepas menewaskan Indonesia.

Kini, Z4pnu sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa netizen Indonesia tidak perlu marah saat dia mengeluarkan kenyataan Filipina adalah pasukan yang lebih kuat sebelum ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

“Seharusnya netizen Indonesia tidak perlu marah saat saya mengatakan Filipina adalah pasukan yang lebih kuat. Saya tidak bermaksud untuk memancing mereka, isunya sahaja yang menjadi besar. Walau bagaimanapun, saya tetap percaya Filipina memang lebih kuat.” ujarnya.

Omega Esports akan menentang RRQ Hoshi di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 nanti. Adakah RRQ Hoshi akan dapat menewaskan Omega Esports kali ini? Kita bakal saksikan.

Kejohanan MSC 2022 akan berlangsung tidak lama lagi pada tarikh 11 Jun sehingga 19 Jun yang akan bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pasukan Malaysia akan diwakili oleh pasukan Todak dan Orange Esports yang akan bersaing bersama-sama pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+