Permainan survival Nightingale yang dilancarkan secara Akses Awal pada Februari kini menerima kemaskini baharu.
Kali ini, mereka mendengar keluhan peminat yang menginginkan beberapa perubahan. Ini adalah perubahan yang dilakukan:
Perubahan pada kombat: Pemain kini mempunyai beberapa pilihan pertarungan jarak jauh pada awal permainan (membaling pisau, bom tangan dan blunderbuss) serta naik taraf bagi senjata satu tangan (one-handed) dengan gerakan pertahanan seperti menangkis (parry) untuk pisau dan gerakan boomerang untuk sabit dan juga beberapa tetakan dari tukul.
Dua jenis Bound yang baru: Pemain boleh berdepan Bound Aegis yang menggunakan dua perisai besar untuk pertahanan dan Bound Breaker yang membawa meriam, menembak beberapa bahan letupan.
Naik taraf untuk Kraf: Bagi crafting, pemain boleh kraf secara terus dari storan dan mengaturkan resepi kraf.
NPC dan tugasan baharu: Beberapa cabaran dan penceritaan baharu ditambah serata Realms.
Bagi penambahbaikan lain, anda boleh menonton video di bawah: