Nightingale, permainan video PVE survival kini dalam akses awal

Nightingale kini dalam akses awal.

Ia adalah permainan video PVE dengan elemen pertukangan dan survival dalam dunia fantasi misteri yang digelar Faewilds.

Dalam permainan ini, setiap pemain akan digelar sebagai Realmwalkers.

Anda juga boleh bermain Nightingale secara solo ataupun bersama-sama rakan sehingga lima orang pemain.

Setiap pemain perlu menjelajah pelbagai jenis Realms dan membuka portal untuk ke destinasi baru sambil membina kubu anda demi kelangsungan hidup.

Nightingale kini boleh dimain di pelantar Steam, Epic Game Store dan GeForce Now dengan harga RM72.00 dan terdapat promosi di Steam dengan potongan harga 10 peratus sehingga 27 Februari sahaja.

RELATED NEWS

+