No More Heroes 3 ditangguhkan ke tahun 2021

Goichi Suda, Pengasas Grasshopper Manufacture, telah mengumumkan bahawa pelancaran No More Heroes 3 terpaksa ditangguh ke tahun 2021. Hal ini demikian kerana pandemik COVID-19 menjadi satu kesukaran besar dalam proses pembangunan permainan itu.

Beliau meminta maaf kepada semua peminat yang telah lama menunggu pengumuman baharu sejak trailer permainan tersebut dipertunjukkan pada tahun lepas.

Satu maklumat baharu yang dikongsikan oleh Goichi ialah pelukis komik Darick Robertson akan menyertai pasukan pembangunan No More Heroes 3. Dua karya hebat yang pernah dihasilkan secara bersama oleh Darick adalah Transmetropolitan dan The Boys.

Lukisan yang digunakan sebagai imej muka depan artikel ini adalah salah satu lukisan Darick Robertson untuk No More Heroes 3. Ia dikongsikan oleh Goichi di laman Twitternya.

No More Heroes 3 dibangunkan dan diterbitkan oleh Grasshopper Manufacture dan akan dilancarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+