One Piece World Seeker Dilancarkan Pada 18 Mac 2019, Collector’s Edition Diumumkan

Mari mengembara ke Prison World bersama Luffy, Zoro, Nami, Usopp dan Sanji!

Bandai Namco Entertainment Asia umum One Piece World Seeker bakal dilancarkan pada tahun hadapan bersama-sama dengan Collector’s Edition yang menampilkan barangan eksklusif gempak.

Bagi peminat sejati One Piece, korang boleh dapatkan koleksi One Piece World Seeker: The Pirate King Edition. Edisi khas ini didatangkan dengan:

  • Game penuh One Piece World Seeker
  • Figura eksklusif Luffy berukuran 21cm
  • Replika skala sebenar Gum-Gum Devil Fruit
  • Soundtrack digubah oleh Kohei Tanak

One Piece World Seeker adalah sebuah game aksi pengembaraan dan mengajak pemain ke pengembaraan baru bersama Luffy dan geng Straw Hat Pirates. Korang berpeluang untuk bermain sebagai Luffy dengan menggunakan pelbagai kebolehan buah Gum-Gum untuk melawan musuh dan juga mengembara ke seluruh kawasan luas dalam game ini.

Gameplay juga berunsur dinamik yang mana korang boleh mempertingkatkan kebolehan Luffy melalui Skill Tree. Selain itu, dua rakannya Usopp dan Franky boleh Crafting untuk senjata dan perisai terbaru manakala Sanji mempunyai kebolehan Cooking iaitu memasak bekal makanan untuk seluruh krew Straw Hat Pirates. Saksikan Luffy beraksi menggunakan banyak mod aksi (Haki) di video bawah:

Korang teruja tak dengan game ini? Ini adalah sebahagian daripada ‘One Piece Big Project’ sempena meraihkan ulangtahun ke-20 bagi anime popular ini. One Piece World Seeker akan dilancarkan pada 15 Mac 2019 di PC, PS4 dan PC. 

RELATED NEWS

+