One Piece Film: Red melepasi Ponyo, kini nombor enam di carta kutipan tertinggi filem anime di Jepun

Walaupun dah lapan minggu ditayangkan, One Piece Film: Red masih lagi mendominasi kutipan box office di Jepun.

Sebanyak 15.7 bilion yen (AS$113.41 juta) diraih di Jepun sekali gus menewaskan Ponyo dalam carta.

Ia kini di kedudukan keenam sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi dalam carta dan kesebelas bagi carta all-time di Jepun, menewaskan Avatar dari James Cameron yang menerima tayangan baru di negara Matahari Terbit itu.

One Piece Film: Red ditayangkan pada 6 Ogos dan baru saja ditayangkan di Malaysia. Ia mengisahkan tentang Uta, seorang penyanyi yang terkenal di seluruh dunia kerana suaranya dianggap ‘lain dari yang lain’ namun menyorokkan identitinya.

Kali ini, dia menganjurkan konsert besar untuk peminatnya buat pertama kali.

Namun, situasi menjadi tidak baik apabila plot twist dimasukkan dalam filem kali ini, meletakkan Luffy dan lanun Straw Hats lain dalam bahaya dan perlu menyelamatkan dunia.

Selain itu, anime One Piece sudah pun disiarkan sebanyak lebih 1,000 episod setakat ini.

Sumber: Crunchyroll

RELATED NEWS

+