One Punch Man Musim Kedua Akan Dilancarkan Pada April 2019

Masih ingat One-Punch Man? Nampaknya Saitama, manusia paling kuat di bumi akan kembali menemui korang dalam musim kedua pada April 2019! 

One-Punch Man mengikuti perjalanan Saitama yang pada mulanya manusia biasa tapi menjadi superhero terkuat selepas tiga tahun berlatih. Ia mula dianggap sebagai parody untuk siri manga Shonen lain tapi sebenarnya menjadi siri yang seronok jugak walaupun setiap perlawanan hanya bertahan sebelum Saitama mengeluarkan tumbukan pertamanya.

Bagi musim kedua ini, animasi akan dijalankan oleh J.C. Staff, studio yang dikenali untuk Food Wars! dan Toradora! Ia juga akan dikendalikan oleh Chikara Sakurai yang bekerjasama dalam menjayakan filem Naruto: Shippuuden. 

Saksikan iklan acah di bawah ini, untuk korang tahu lebih lanjut tentang Saitama dan pengenalan penjahat baru, Garou.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+