Acara Free Fire X One-Punch Man akan bermula pada minggu depan

Garena telah mendedahkan maklumat tentang acara crossover antara Free Fire dan One-Punch Man. Acara ini dipanggil The Hero Trial dan ia akan bermula pada 10 Januari ini. Para pemain Free Fire berpeluang memperoleh pelbagai kandungan bertemakan One-Punch Man dalam tempoh acara ini.

Crossover akan memperkenalkan beberapa perkara baharu dalam Free Fire. Antaranya ialah antaramuka utama Free Fire akan diubah untuk mengikut tema One-Punch Man.

Kostum dan skin daripada siri One-Punch Man seperti set pakaian tidur Saitama juga boleh diakses oleh para pemain. Terdapat dua skin baharu untuk senjata iaitu Megapunch M1887 dan M4A1.

Pastikan anda tidak terlupa untuk log masuk pada 23 Januari ini kerana para pemain yang log masuk pada tarikh tersebut akan menerima sebuah Saitama Loot Box percuma.

 

Bermula dari 15 Januari ini, para pemain boleh menyertai sesi latihan yang diketuai oleh Saitama sendiri. Anda harus menewaskan raksasa dalam setiap sesi latihan dan raksasa akan menjatuhkan kotak barangan yang mempunyai tiga tahap kualiti berbeza.

Untuk menyertai sesi latihan Saitama, pemain harus mengumpul One-Punch Man Tickets semasa bermain Free Fire dan menyelesaikan daily missions.

Satu lagi aktiviti yang membolehkan anda untuk memperoleh barangan istimewa ialah acara web Path to Hero. Aktiviti ini akan berlangsung dari 16 hingga 27 Januari ini. Pemain akan menemui treasure box dan juga raksasa semasa melakukan aktiviti ini tetapi perlu mengumpul exploration tokens dahulu melalui daily missions.

Untuk maklumat lanjut mengenai Garena Free Fire dan acara The Hero Trial, anda boleh mengikuti Free Fire di Facebook, Instagram, dan YouTube.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+