Orang bekerja dari rumah lebih banyak main permainan video dari bekerja – ResetEra

Disebabkan perubahan dunia sejak pandemik, ramai orang kini bekerja dari rumah.

Satu undian dalam talian baru-baru ini menunjukkan orang ramai lebih banyak bermain permainan video dari membuat kerja di rumah.

Namun persoalannya, berapa ramaikah orang yang bermain permainan video ketika bekerja di rumah?

Satu undian dari ResetEra menunjukkan ramai ‘bersalah’ dalam hal ini.

Satu undian telah dibuat oleh Skel1ingt0n di ResetEra.

Sebanyak 1700+ orang telah menyertai undian ini ketika penulisan artikel ini.

Skel1ingt0n membuat undian ini kerana dia nampak lebih ramai rakan sekerjanya berada dalam talian di Steam bermain permainan video.

“Saya nampak ramai rakan di Steam bermain permainan video ketika masa bekerja, dan ingin tahu adakah ini perkara biasa.”

“Saya juga tahu ramai dari yang dalam talian sebenarnya bekerja pada waktu pejabat iaitu 9.00 pagi – 5.00 petang.”

Nampaknya ramai sebenarnya bermain permainan video ketika bekerja di rumah.

Para gamers di laman tersebut ramai mengaku mereka sebenarnya bermain permainan video ketika masa bekerja dan ramai juga mengatakan jika kerja mereka siap kenapa tidak untuk bermain permainan video?

Nyata ramai lagi sebenarnya tidak ditangkap oleh majikan mereka.

RELATED NEWS

+