Permainan video kini hadapi masalah ‘space’ terlalu besar

Dalam era permainan video moden ini, boleh dikatakan banyak permainan video memerlukan storan yang besar.

Hal ini menyebabkan ramai pengguna PC, telefon pintar dan konsol terpaksa membuang permainan video lain dari peranti mereka.

Malah ada yang terlalu besar sebagai storan semata-mata dan lebih menyedihkan apabila anda perlu membuang permainan video yang anda main.

Worldwide Reveal: Announcing Call of Duty: Modern Warfare III

Sebagai contoh Call of Duty: Modern Warfare III menggunakan sehingga 140GB storan ketika pelancaran dan kini menjadi lebih banyak dan tinggi selepas perubahan versi dan kemaskini.

Tower of Fantasy 2.2 Update Out Now, Patch Notes Revealed

Malah permainan Tower of Fantasy MMO dengan elemen gacha mempunyai 140GB untuk versi PC.

Genshin Impact Leak Teases Major Story Event for Version 4.2

Genshin Impact pula menghampiri 100GB dengan setiap kemaskini yang mereka buat dan mempunyai lebih 88GB sekarang jika ditambah dengan pek suara.

Tidak pelik sekarang untuk permainan video AAA, boleh dikatakan 50GB adalah minima sekarang.

Masalah ini tidak boleh dipandang ringan dan ramai orang perlu mengeluarkan duit tambahan untuk membeli storan sehingga 1TB dan menggunakan SSD.

Berapa storan yang sesuai?

Boleh dikatakan storan paling sesuai untuk para gamer tegar sekarang adalah 2TB.

Kami juga ada menemubual beberapa gamer di luar sana mengenai pendapat mereka.

“Ya hal ini adalah masalah untuk saya, tidak ramai orang mampu untuk membeli storan lebih untuk peranti mereka. Saya juga bukan jenis orang yang suka uninstall permainan video yang saya main dan betul permainan video sekarang sangat besar untuk storan mereka,” – individu A

“Sangat mengjengkelkan, saya terpaksa beli hard drive hanya untuk Xbox sahaja,” – individu B

500GB sudah tidak lagi mencukupi, walaupun anda boleh uninstall dan install semula, tetapi apabila terlalu banyak kali anda mengulang benda yang sama, hal ini menjadi sangat menyusahkan.

Tidak lupa juga hal ini disebabkan tekstur 4K HD yang sudah semestinya memakan banyak ruang storan.

Berapa jumlah storan yang anda guna sekarang?

RELATED NEWS

+