Ini yang terjadi apabila pemain PC lawan Konsol di Overwatch 2

Akhirnya, persoalan yang ditunggu-tunggu oleh ramai pemain PC dan Konsol.

Ini yang dibuat oleh sorang Youtuber Overwatch bernama Jay3.

Di membuat satu lobi Overwatch 2 dimana pemain PC dan Konsol berentap untuk menjadi pemain terbaik Overwatch 2.

Persoalan ini juga amat ditanya-tanya oleh ramai peminat Overwatch dan Jay3 akhirnya berjaya membuat perkara ini dengan mengumpul komunitinya.

Jay3 mengumpulkan kesemua pemain-pemain hebat yang mempunyai rank tinggi dari kedua-dua pelantar.

Pasukan PC adalah berwarna merah manakala pasukan Konsol berwarna biru.

Mereka perlu bermain dalam 5 pusingan.

Pada pusingan pertama, pemain konsol berjaya mendapatkan kemenangan tipis ke atas pemain PC.

Namun, semua itu hanya impian apabila pusingan kedua pemain PC menang mudah ke atas pemain konsol.

Pemain PC terus mendominasi pada pusingan ketiga dan berjaya mendapatkan mata 2-1.

Perlawanan ke-empat juga memihak kepada pihak PC dengan 3-1.

Ada juga satu masa di mana pemain PC sengaja mengusik pemain konsol dengan menaip ketika perlawanan dan mengatakan pemain konsol tidak dapat menggunakan chat ketika bermain.

Kemenangan pertama pemain konsol juga menunjukkan mereka boleh untuk bertanding dengan pemain Overwatch yang menggunakan tetikus dan papan kekunci.

Mungkin pergerakan dan bidikan yang lebih tepat memberi peluang lebih baik untuk pemain PC.

Pemain PC juga ada memuji pemain konsol kerana ada antara mereka yang mempunyai tracking yang lebih baik dari pemain PC.

Anda boleh menonton Jay3 di laman Twitch dan Youtube jika anda berminat dengan Overwatch 2.

Overwatch 2 juga adalah permainan video percuma yang boleh dimuat turun di BattleNet.

 

RELATED NEWS

+