Malu dengan diri sendiri, pemain Overwatch 2 terus uninstall

Kejadian tragik buat pemain Overwatch 2 dengan nama Cabras yang berkongsi satu klip permainan Reaper.

Semua bermula apabila dia menyambut kemenangan terlalu awal dan ini adalah antara kesilapan yang selalu dibuat oleh pemain-pemain Overwatch.

I uninstalled the game, i gave up mentally, physically and emotionally, im done.
by u/Chopper_Cabras in OWConsole

Masa kini di dalam Overtime.

Akibat terlalu seronok selepas berjaya membunuh ramai musuh dia terus membuat emote untuk menyambut kemenangan.

Namun, dia terlupa musuh masih mempunyai tank Wreckingball yang baru sahaja hidup.

Wreckingball dalam saat terakhir datang dan terus menolak Reaper itu terjatuh membunuh dia dan menolak rakan pasukannya Sombra dari Payload sekaligus menghabiskan masa overtime.

Lebih menyedihkan Reaper itu berjaya mendapatkan Play of The Game dengan membunuh empat orang.

Kekalahan ini sangat memalukannya sehingga dia putus asa secara mental, fizikal dan emosi.

Dia kemudian terus membuang Overwatch daripada konsolnya.

Emotes di dalam Overwatch sama seperti permainan video lain tetapi sesetengah emotes di dalam Overwatch mempunyai masa yang lambat untuk diberhentikan.

RELATED NEWS

+