Bastet yang memaparkan sedikit sejarah tentang Ana dan Soldier: 76 (psst… Soldier: 76 adalah karakter gay rasmi kedua selain dari Tracer)."> Bastet yang memaparkan sedikit sejarah tentang Ana dan Soldier: 76 (psst… Soldier: 76 adalah karakter gay rasmi kedua selain dari Tracer)." /> Bastet yang memaparkan sedikit sejarah tentang Ana dan Soldier: 76 (psst… Soldier: 76 adalah karakter gay rasmi kedua selain dari Tracer)." />

Overwatch: Inilah Cara Untuk Dapatkan Skin & Spray Baru Ana Dalam Ana’s Bastet Challenge

Blizzard baru melancarkan sebuah cerpen baru bertajuk Bastet yang memaparkan sedikit sejarah tentang Ana dan Soldier: 76 (psst… Soldier: 76 adalah karakter gay rasmi kedua selain dari Tracer).

Selain itu, cerpen itu memperkenalkan skin atau kostum baru untuk Ana. Kini, pemain Overwatch berpeluang untuk dapatkan skin diinspirasikan oleh dewi kucing Mesir kuno berserta kandungan lain.

Korang tak payah beli loot box untuk dapatkan barangan eksklusif ini tetapi korang perlu main beberapa pusingan game tak kisahlah Quick Play, Competitive Play atau Arcade bermula dari 8 Januari sehingga 21 Januari.

Kalau korang menang 3 pusingan, korang dapat ikon Bastet. Untuk kemenangan 6 pusingan, korang dapat victory pose baru manakala skin epic baru pula bakal menjadi milik korang selepas menang 9 pusingan seperti tertera di bawah:

Bukan itu sahaja, terdapat juga 5 spray eksklusif diinspirasikan oleh cerita Bastet ini dengan menonton Twitch. Ikuti cara bagaimana untuk korang dapatkan spray ini di bawah:

  • Log masuk akaun Twitch dan pergi ke halaman Twitch connections
  • Klik butang Connect bersebelahan Blizzard Battle.net dan ikuti arahan diberikan (akan bawa ke halaman lain)
  • Tonton siaran terpilih untuk dapatkan spray!

Berikut adalah jadual penuh dalam waktu Malaysia bagi semua siaran berserta penyiar yang menyertai acara ini di bawah:

Korang boleh dapatkan 1 spray dengan menonton siaran Twitch selama 1 jam, 2 spray selepas tonton 4 jam dan kesemua spray dalam tempoh 6 jam. Semoga berjaya!

RELATED NEWS

+